fbpx

30 rumah dinaiki air dalam tempoh lima minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk dilihat mula mengalihkan kenderaan masing-masing ke kawasan lebih tinggi selepas paras air semakin meningkat.

AMPANG – Kira-kira 30 buah rumah di Kampung Lembah Jaya Utara di sini dinaiki air setinggi satu meter susulan hujan lebat, petang tadi.

Kejadian banjir dikatakan berlaku bermula pukul 7.45 malam dengan paras air didapati semakin tinggi ketika ini sehingga mula membanjiri sedikit kawasan jalan utama.

Seorang penduduk dikenali sebagai Nora, 36 berkata, paras air naik begitu mendadak tidak sampai lima minit sehingga menyebabkan sampai ke paras pinggang.

“Saya sempat mengeluarkan dua buah peti ais dan membawa kereta di tempat lebih tinggi.

“Ada beberapa lagi peralatan elektronik yang digunakan untuk pembuatan kek terpaksa dibiarkan selepas air semakin naik dengan nilai kerugian dianggarkan RM10,000,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Kata Nora, ini merupakan insiden kedua terburuk pernah berlaku dengan kali pertama kira-kira tiga tahun lalu.

Seorang anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) ditemui memaklumkan, dianggarkan kira-kira 30 buah rumah terjejas akibat banjir dengan ketinggian satu meter.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai saling membantu dalam mengeluarkan barangan dan mengawal lalu lintas yang semakin sesak di kawasan tersebut selain anggota bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI