fbpx

258 penduduk Lembah Permai Bukit Belacan di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir sedang mendaftar di PPS Desa Lembah Permai Bukit Belacan

AMPANG JAYA- Seramai 258 mangsa yang terjejas akibat kejadian banjir kilat di Lembah Permai Bukit Belacan, Ampang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Lembah Permai setakat pukul 10.20 malam tadi.

Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Muhammad Razif Ruba’ai berkata, sebanyak 64 buah rumah telah terkesan ekoran banjir kilat yang berlaku sejak petang tadi.

Turut hadir bagi membantu misi menyelamat dan membantu mangsa banjir adalah Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Daeng Mohd. Reduan yang menghulurkan bantuan kebersihan dan makanan serta Pusat Khidmat Pas Lembah Jaya memberi bantuan pakaian.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan dua kawasan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak petang tadi mengakibatkan dua kawasan di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 7.19 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI