fbpx

107 penyewa MAIS dikecualikan, kurangkan sewa bernilai RM1.12juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Ahmad Shahir Makhtar

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberikan bantuan pengecualian dan pengurangan sewa bernilai keseluruhan RM1.12juta kepada 107 penyewa premis dan tanahnya.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, ini melibatkan peniaga runcit dan industri kecil dan sederhana sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini.

“Penyewa ini terdiri golongan B40, peniaga yang terjejas pendapatan dan dibuang kerja atau hilang punca pendapatan akibat penularan wabak Covid-19.

“Pengurangan sewaan membabitkan potongan sewa sebanyak 50 peratus atau 30 peratus kepada penyewa-penyewa yang terpilih berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI