fbpx

‘Tak berbaloi belanja RM15,000 untuk yuran tadika’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZWAN dan Ezzaty terpaksa memberhentikan Harum Dalia daripada pembelajaran dari tadika swasta ekoran kos yuran yang terlalu mahal.

PETALING JAYA – Pasangan selebriti, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah mengambil keputusan memberhentikan anak mereka, Harum Dalia daripada mengikuti pembelajaran pra­sekolah di sebuah tadika swasta disebabkan situasi tidak menentu akibat pandemik Covid-19 ditambah lagi dengan yuran yang tinggi.

Azwan atau nama lengkapnya, Mohamad Al-Azwan Kombos tidak sanggup lagi membazir wang dan membuang waktu ketika sesi pembelajaran terpaksa dilakukan secara dalam talian.

“Awal tahun ini saya dan isteri hantar anak belajar di pra­sekolah, tetapi hanya berkesempatan tiga bulan. Bukan apa, bayar yuran satu semester RM7,000. Setahun dah RM15,000.

“Disebabkan situasi semasa yang masih diganggu gugat wabak Covid-19, pembelajaran pun dijalankan secara online tapi bayaran tetap sama. Saya rasa tak berbaloi dengan duit yang di­laburkan.

“Anak saya memang tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kalau kelas online. Jadi, saya dan isteri ambil keputusan berhentikan sahaja dia daripada sekolah. Insya-Allah, nanti lagi setahun dua, kami hantar dia kembali ke sekolah,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

Menurut Azwan yang berasal dari Sabah, Dalia dihantar mengikuti pembelajaran prasekolah di sebuah sekolah swasta di Bukit Jelutung, Shah Alam, Selangor pada awal tahun dan diberhentikan pada Jun.

Tidak berasa ralat memberhentikan anaknya dari prasekolah, Azwan, 35, berkata, dia dan isteri akan kembali menghantar anak mereka ke sekolah apabila merasakan berbaloi untuk buat demikian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI