fbpx

Serpihan ujian senjata Rusia terus ancam ISS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) ditangkap oleh anak kapal Ekspedisi 56 dari kapal angkasa Soyuz selepas membuka dok. - AFP

WASHINGTON – Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melaporkan bahawa Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) masih berisiko dirempuh serpihan ujian senjata oleh Rusia, lapor laman berita Wion News semalam.

Rusia sebelum ini memusnahkan salah sebuah satelitnya sendiri dan menghasilkan gugusan serpihan berhampiran ISS yang mempunyai tujuh angkasawan.. 

Mereka diarah untuk berlindung di dalam kapsul kapal angkasa selama dua jam selepas ujian itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi membolehkan mereka segera melarikan diri sekiranya perlu.

Satelit yang musnah itu menghasilkan lebih 1,500 ‘serpihan orbit yang boleh dikesan’ dan berkemungkinan akan menghasilkan ratusan ribu serpihan  lebih kecil. Sepihan itu dikesan oleh Markas Perintah  Angkasa Lepas Amerika Syarikat (USSPACECOM).

‘’NASA akan terus memantau serpihan ini dalam beberapa hari lagi  dan seterusnya memastikan keselamatan anak kapal kami di orbit Bumi terjamin,’’ kata ketua NASA, Bill Nelson dalam satu kenyataan.

Insiden itu berlaku hanya empat hari selepas kumpulan terbaharu empat angkasawan terdiri daripada Raja Chari, Tom Marshburn, dan Kayla Barron dari NASA serta angkasawan Agensi Angkasa Eropah (ESA), Matthias Maurer tiba di ISS untuk memulakan misi saintifik selama enam bulan.

Tokoh kanan di ESA, Didier Schmitt berkata, tindakan Rusia itu akan meningkatkan risiko pelanggaran di angkasa lepas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI