fbpx

Polis kesan saksi kemalangan libatkan 3 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta berkenaan selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan saksi kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Lebuh Raya Persekutuan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 2.57 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kejadian melibatkan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan Ford Ranger serta sebuah Perodua Myvi.

“Pemandu Mitsubishi Triton berusia 30 tahun itu dipercayai telah hilang kawalan dan bergesel dengan Perodua Myvi sebelum terbabas ke tepi jalan.

“Kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu juga telah melanggar kenderaan jenis Ford Ranger yang telah berhenti di bahu jalan kerana tayar pancit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, akibat pelanggaran tersebut, kenderaan jenis Mitsubishi Triton berkenaan telah terbakar sementara pemandu mengalami kecederaan di tangan serta mulut.

“Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

“Orang ramai yang melihat atau berada di lokasi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Saiful Hasan di talian 011-21942572 bagi membantu siasatan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI