fbpx

Perkasa permainan sukan rakyat dan kebudayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Khas Seni kepada Roslan Madun pada program komuniti Keluarga Malaysia Hogoh Bera2021 di Padang Felda Kumai di sini.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata permainan sukan rakyat dan kebudayaan yang semakin dilupakan perlu diperkasakan bagi memartabatkan seni budaya dan warisan negara.

Beliau berkata, lebih banyak program melibatkan kebudayaan dan sukan rakyat perlu diadakan di setiap daerah dengan lebih kerap dan secara berterusan yang sekali gus boleh menarik pengunjung.

“Katakan contohnya di Bera ada Dataran Kerayong kalau boleh diadakan setiap minggu (sukan rakyat dan persembahan kebudayaan) saya yakin ramai orang akan tengok dan pelancong yang datang ke Bera boleh terlibat sama, boleh melihat permainan rakyat.

“Dalam masa yang sama perlu ada pertunjukan tetap kebudayaan setiap minggu, jadi orang tahu ada program itu,”katanya pada program komuniti Keluarga Malaysia Hogoh Bera2021 di Padang Felda Kumai di sini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail: Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin.

Menurut Ismail Sabri, langkah berkenaan juga amat signifikan dalam usaha berterusan untuk mempromosi produk budaya seni tempatan kepada masyarakat luar.

Justeru katanya, usaha mempromosikan seni dan kebudayaan perlu dilaksanakan berterusan oleh pelbagai pihak dan tidak terhad dalam majlis-majlis rasmi sahaja.

“Saya harap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bekerjasama dengan kerajaan negeri dan majlis daerah agar seni dan budaya dapat dipertontonkan,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI