fbpx

Penduduk Pulau Pinang masih ‘tolak’ dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela (tengah) menerima Cek Tabung Bantuan Pelajar Covid-19 sumbangan Clubs Lion of Bayan Baru di Icon City, Bukit Tengah di Bukit Mertajam hari ini. Pix SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Keengganan warga emas dan golongan sasar yang berisiko tinggi untuk mendapatkan dos penggalak vaksin menyukarkan usaha kerajaan negeri menangani virus Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, jarak hospital yang jauh menjadi antara alasan penerima menolak suntikan dos penggalak.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, ada penerima yang kata susah untuk mendapatkan parkir dan lalu lintas yang sesak di kawasan hospital menyukarkan mereka untuk datang.

“Segelintir individu juga tidak menjawab panggilan janji temu hospital dan klinik, selain turut memberikan alasan yang mereka sihat dan tidak memerlukan dos penggalak selain keraguan penerima yang tidak mahu disuntik dos penggalak campuran menjadi cabaran untuk kita meyakinkan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Tabung Bantuan Pelajar Covid-19 di Icon City, di Bukit Mertajam di sini hari ini.

Sehingga kini, Pulau Pinang masih berada di tangga kelima terbawah untuk negeri yang menerima dos penggalak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI