fbpx

MCW terima 20 aduan rasuah pada PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jais

SHAH ALAM – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menerima sebanyak 20 aduan rasuah berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, bagaimanapun aduan tersebut tidak lengkap susulan ketiadaan saksi yang ingin tampil dan bukti mencukupi.

Menurut beliau, sepanjang PRN itu petugas MCW meliputi 20 individu termasuk lapan daripadanya bertindak pemerhati rasmi lantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Peranan MCW adalah sebagai ‘Polis Trafik’ dalam memberi ingatan dan kesedaran berkenaan tanggungjawab pemilih.

“Selain itu, melakukan pemantauan rasuah serta pelanggaran undang-undang pilihan raya dalam tempoh dua minggu PRN berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI