ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad menzahirkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) Melaka yang telah mencatatkan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu, semalam.
Hasni membuat ucapan itu semasa memulakan ucapannya dalam Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, di Kota Iskandar hari ini.
“Tahniah kepada BN Melaka yang telah mendapat kemenangan dalam PRN Melaka,” katanya ringkas.
Semalam, BN kembali membentuk kerajaan negeri Melaka setelah berjaya mencatat kemenangan dua pertiga pada PRN negeri itu dengan memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.