fbpx

Malaysia sambar dua gelaran di Ireland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI CHONG dan Kai Wun bersedia bekerja lebih keras dalam latihan bagi memastikan stamina serta kecergasan sentiasa berada pada tahap terbaik.

SKUAD badminton negara tampil cemerlang pada perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Ireland apabila merangkul kejuaraan dalam acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki malam kelmarin.

Pada kejohanan yang berlangsung di Arena Tertutup Nasional, Dublin itu, Yeoh Seng Zoe memastikan kejuaraan dalam acara perseorangan lelaki sementara beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun memenangi gelaran ketiga mereka musim ini.

Dua kejuaraan yang dimenangi pada kejohanan tersebut sekali gus memberi gambaran positif mengenai masa depan arena sukan badminton tanah air yang dilihat mula melakar kebangkitan.

Wei Chong menjelaskan, mereka langsung tidak berfikir mengenai kemenangan dan hanya memberikan fokus 100 peratus terhadap permainan sehingga mudah menewaskan wakil England, Rory Easton-Zach Russ 21-7, 21-17.

“Pada perlawanan akhir hari ini (kelmarin), kami cuma berikan yang terbaik dan langsung tidak fikirkan mengenai kalah atau menang. Saya akui ianya sangat membantu untuk kami tewaskan mereka.

“Apa yang penting, kami dapat keluarkan apa yang dipelajari dalam latihan. Saya gembira kerana apa yang kami lakukan pada perlawanan tersebut semuanya membuahkan hasil,” katanya.

Meskipun sudah merangkul tiga kejuaraan pada saingan musim ini, namun pemain berusia 22 tahun itu menjelaskan masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang kejohanan akan datang.

“Kombinasi saya dengan Kai Wun sudah semakin bagus tetapi masih ada lagi kekurangan. Sudah tentu kami perlu baiki beberapa elemen untuk pastikan prestasi lebih baik dalam kejohanan seterusnya,” ujar Wei Chong. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI