fbpx

Malaysia ikat Argentina aksi pemanas badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara bakal berdepan Belanda pada satu lagi aksi persahabatan sebelum saingan bermula. - FB MHC

SKUAD hoki remaja negara mencatat keputusan positif apabila mengikat Argentina 1-1 dalam aksi persahabatan menjelang saingan Piala Dunia Hoki Remaja 2021 di Bhubaneswar, India semalam.

Penolong jurulatih skuad remaja, Megat Azrafiq Megat Termizi berpuas hati dengan prestasi ditampilkan anak-anak buahnya menentang pasukan bekas juara edisi 2005 itu.

“Apa yang kita dapat lihat di sini adalah pemain berjaya bermain mengikut segala perancangan diterapkan oleh ketua jurulatih (Wallace Tan) menentang Argentina.

“Ia memperlihatkan objektif yang kita mahukan dalam perlawanan ini tercapai. Ia bukan disebabkan keputusan seri tetapi dari segi struktur menyerang dan bertahan.

“Pemain sudah mula faham dan dapat menerapkannya dalam permainan. Itu yang lebih menjadi keutamaan kita untuk aksi ini,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Keputusan seri itu pastinya melonjakkan semangat para pemain remaja negara untuk turun menghadapi salah satu pasukan pilihan yang juga gergasi Eropah, Belanda dalam aksi persahabatan terakhir esok.

Selepas itu, skuad remaja negara akan memulakan kempen Kumpulan A menentang Chile di Stadium Kalinga pada Rabu ini diikuti naib juara edisi 2016, Belgium (Jumaat) dan Afrika Selatan (Sabtu).

Sebagai rekod, skuad negara menyasarkan layak ke suku akhir bagi memperbaiki pencapaian tempat ke-11 yang diraih sewaktu edisi 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI