PUTRAJAYA – Kes harian negara kembali di bawah 5,000 dengan 4,854 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,586,601 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya pada hantaran di media sosial beliau di sini hari ini. -K!ONLINE