fbpx

Kaji lebih terperinci sebelum bertanding solo – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar - FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

REMBAU – Barisan Nasional (BN) perlu membuat kajian secara terperinci sebelum membuat keputusan untuk bergerak secara solo atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, masih terlalu awal sekiranya perkara itu mahu diputuskan ketika ini disebalik kemenangan besar BN dalam Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) semalam.

“BN sudah membuktikan bahawa BN masih ada lagi kekuatan pada pengundi dan di peringkat akar umbi. Bagaimanapun, kena terima hakikat bahawa untuk PRN Melaka hanya 65 peratus sahaja keluar mengundi dan 35 peratus lagi tidak keluar mengundi.

“Apa sahaja keputusan yang bakal dibuat nanti kena fikir soal sama ada Melaka representasi kepada pilihan raya umum, Saya rasa terlalu awal buat keputusan solo atau tidak, kita masih ada kerajaan walaupun di Melaka setuju untuk mengikut jalan masing-masing.

“Masih terlalu awal untuk membuat rumusan dan ambil masa dahulu dan kena kaji secara terperinci.
Saya rasa perlu lebih mendalam lagi statistik seperti 65 peratus siapa yang tidak keluar? Adakah mereka dari luar atau atas pagar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Rembau, di sini hari ini.

BN kembali membentuk kerajaan negeri Melaka apabila berjaya mencatat kemenangan 21 buah kerusi pada PRN Melaka semalam yang juga merupakan kemenangan dua pertiga. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI