SEJAK bernikah buat kali kedua, setiap gerak geri Fizo Omar semakin menjadi tumpuan ramai.
Baru-baru ini, isterinya, Fazeera Nazri Azrai pula mencuri perhatian apabila video yang dimuat naik sekitar Ogos lalu kembali tular dalam aplikasi TikTok.
Dalam video tersebut, Fazeera membincangkan topik perbezaan sikap dan tingkah laku manusia.
Menarik topik yang dikupas Fazeera kerana masih ramai yang tidak tahu tentang perbezaannya.
Sempat jugalah Diva menjengah ruangan komen untuk melihat reaksi netizen dan hasilnya seperti dijangka!
“Bertuah Fizo mengahwini seorang isteri yang bijak,” komen pengguna TikTok.
“Inilah yang dikatakan beauty with brain. Wanita cantik dan bijak!” Puji seorang lagi netizen.
Apapun, semoga hubungan kalian berkekalan dan dikurniakan anak secepat mungkin. Bolehlah teman Cik Yam main nanti.
DIVA: Tahniah Dira Abu Zahar menang kerusi DUN Rim! Berdebar sungguh tunggu keputusan Pilihanraya Negeri Melaka malam tadi. Tahniah juga untuk semua YB lain yang menang kerusi masing-masing!