fbpx

Bapa ‘menyusul’ 10 jam selepas anak maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga berdoa di pusara Jaafar dan Mohd. Azizi di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Bapa Mohd. Azizi Jaafar yang mati dalam keadaan rentung di dalam kenderaannya yang terbakar semalam meninggal dunia selang 10 jam selepas insiden ngeri itu.

Abang mangsa, Mohd. Jasmani Jaafar, 50, berkata, ayahnya, Jaafar Abdullah, 76, yang mengalami asma kronik dan tekanan darah tinggi meninggal dunia di rumah keluarga mereka di Kampung Wakaf Mempelam di sini pada pukul 5 pagi tadi.

“Sebelum kemalangan menimpa adik saya (Mohd. Azizi), kami dalam perjalanan membawa pulang ayah yang dirawat ke Hospita Sultanah Nur Zahirah di sini pulang ke rumah.

“Saya menemani ayah di dalam ambulans nampak kereta adik terbakar,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mempelam di sini hari ini.

Berita berkaitan: Lelaki rentung terperangkap dalam Perodua Alza terbakar 

Mohd. Jasmani berkata, dia meluru keluar dari ambulans untuk menyelamatkan Mohd. Azizi tetapi kenderaan itu meletup terlebih dahulu.

Tambahnya, kesedihannya berganda apabila bapanya, Jaafar pula menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian.

“Jenazah ayah dan Mohd. Azizi disemadikan bersebelahan pada pukul 1.30 tengah hari tadi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI