fbpx

1,083 PEDi di seluruh negara tingkat sosio ekonomi komuniti setempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI YAAKOB (tiga dari kiri) diiringi Wan Rosdy (dua dari kiri) Mustapa (kiri) dan Annuar empat dari kiri melancarkan PEDi di Dewan Kampung Durian Tawar di Bera.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,083 Pusat
Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) akan ditubuhkan di seluruh negara menjelang tahun hadapan.

Beliau berkata, kewujudan PEDi penting bagi meningkatkan tahap sosio ekonomi komuniti setempat dengan memberi pendedahan kemahiran digital kepada semua penduduk tanpa mengira kedudukan sosial dan geografi.

“Sebanyak 873 PEDi sedia ada akan dipertingkatkan dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar.

“Selain itu, sebanyak 37 PEDi baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022, sementara sebanyak 173 PEDi lagi akan beroperasi menjelang penghujung tahun hadapan,”katanya pada Majlis Pelancaran PEDi di Dewan Kampung Durian Tawar di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurut Ismail Sabri setiap PEDi dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat.

“Selain kemudahan infrastruktur, kerajaan yakin dengan adanya panel penasihat PEDi, rakan digital PEDi dan usahawan ikon di setiap PEDi, menggalakkan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan serta menggunapakai sepenuhnya perkhidmatan di PEDi tersebut.

Dalam pada itu beliau berkata, PEDi akan memberi fokus melahirkan dan memperkasa usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

Katanya adalah diharapkan perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) merupakan tonggak ekonomi negar dapat mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik menggunakan akses talian dan platform e-dagang.

“Program pemerkasaan usahawan kecil yang diterajui oleh SKMM dengan kerjasama agensi serta pemain industri menyasarkan seramai 800,000 usahawan kecil akan mendapat manfaat ini menjelang tahun 2025,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI