fbpx

T-Ara dipuji guna duit sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
T-ARA

MUNGKIN ramai tidak tahu kos di sebalik kemunculan semula T-Ara baru-baru ini ditanggung sepenuhnya setiap ahli kumpulan itu sendiri.

Pendedahan tersebut ternyata mengejutkan rata-rata netizen serta peminat. Masing-masing tidak menyangka T-Ara sanggup menggunakan wang simpanan peribadi demi membahagiakan peminat.

“Lagu mereka sudah keluar. Mereka mendedahkan telah mengumpul dan menggunakan dana peribadi untuk mengeluarkan lagu, jadi sila dengar sekurang-kurangnya sekali.

“Mereka gunakan dana sendiri? Mereka sangat hebat. Kasih sayang mereka kepada peminat mereka sangat mengagumkan dan pasti membuatkan peminat terharu.

“Lagu terbaharu mereka All Kill sangat bagus. Setiap lagu yang dikeluarkan T-ara sangat hebat dan membuatkan peminat tidak senang duduk,” komen peminat dalam forum sembang atas talian.

Untuk rekod, ini merupakan kemunculan T-Ara selepas empat tahun menyepi.Kali terakhir T-Ara hadir dengan produk baharu adalah menerusi album mini berjudul What’s My Name? pada Jun 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI