fbpx

Ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hampir semua negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perlis ia melibatkan keseluruhan kawasan di kedua-dua negeri berkenaan.

Untuk negeri Kedah pula, ia melibatkan kawasan Kubang Pasu, Pokok sena, Padang Terap, Sik , Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala di Perak, kawasan yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Keadaan cuaca sama juga turun dilaporkan di Kelantan membabitkan daerah Jeli dan Gua Musang manakala di Terengganu kawasan yang terlibat adalah Setiu dan Hulu Terengganu,

“Di Pahang ia melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan, manakala bagi negeri Selangor ia membabitkan kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Bagi Negeri Sembilan melibatkan satu kawasan iaitu Jelebu,”kata MetMalaysia

Beralih ke negeri Sarawak antara kawasan yang terjejas adalah di Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Limbang (Lawas), manakala Sabah di Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu). -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI