fbpx

PRN Melaka: Video tular Zuraida didakwa masih berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

MELAKA – Satu rakaman video Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin didakwa masih berkempen di Melaka hari ini tular di media sosial.

Video itu didakwa dirakam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dan Bersatu merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan tempoh rasmi berkempen telah tamat pada pukul 11.59 malam tadi.

Selepas tempoh itu berakhir, semua pihak diminta menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi.

Mana-mana pihak juga tidak boleh merayu undi melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Zuraida merupakan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum menyertai Bersatu dan dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI