PETALING JAYA – Penyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat sudah mula berkumpul dan meraikan kemenangan awal susulan menjadi pendahulu kutipan undi di beberapa kerusi yang dipertandingkan.
Turut kelihatan beberapa penyokong turut menadah tangan seolah-olah mendoakan kejayaan parti gabungan tersebut dalam PRN kali ini.
Untuk rekod, setakat ini BN telah mendahului kutipan undi di beberapa kerusi yang dipertandingkan seperti di Taboh Naning, Merlimau, Ayer Keroh dan Lendu.
Kosmo! Online difahamkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut turun padang ke Bilik Gerakan BN. -K! ONLINE