fbpx

PRN Melaka: Idris Haron tumbang di Asahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris.

PETALING JAYA – Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron gagal mendahului kutipan undian di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menerusi kiraan tidak rasmi setakat pukul 9.20 malam ini.

Idris yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mendapat 2,330 undian kurang 2,471 undian di belakang calon Barisan Nasional (BN), Fairul Nizam Roslan yang memperolehi sebanyak 4,801 undian.

Pertembungan enam penjuru itu turut menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Dhanesh Basil mengutip sebanyak 1,129 undian dan tiga lagi calon bebas masing-masing mendapat 40, 95 dan 98 undian.

Terdahulu, Idris yang sebelum ini memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang bersama UMNO kini bersama PH pula bagi menghadapi PRN kali ini.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI