fbpx

PRN Melaka: Calon Ketua Menteri BN mengundi di SK Durian Daun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman

MASJID TANAH – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md. Ali membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun Lendu pagi ini.

Beliau yang juga calon Ketua Menteri BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini hadir ke pusat mengundi bersama isterinya, Datin Munira M Yusop kira-kira pukul 8.47 pagi.

Sulaiman berdepan pertandingan tiga penjuru bagi mempertahankan kerusi DUN Lendu menentang calon Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.

Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14), Sulaiman memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti cuma 627 undi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI