MELAKA – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lih Jen di Jalan Pokok Mangga di sini pagi ini.
Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, 57, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka tiba pada pukul 8.48 pagi.
Beliau berdepan pertandingan empat penjuru menentang calon Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan Bebas di DUN Sungai Udang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini. – K! ONLINE