PETALING JAYA – Sebanyak 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah sah dimenangi calon Barisan Nasional (BN).
10 kerusi tersebut termasuk, Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Lendu, Taboh Naning, Gadek, Machap Jaya, Asahan, Ayer Limau, Rim serta Merlimau.
Mengikut kepada keputusan tidak rasmi ini, BN hanya memerlukan lima kerusi lagi untuk membentuk kerajaan di Melaka. -K! ONLINE