MELAKA – Jumlah rakyat Melaka yang keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah mencecah 50 peratus setakat pukul 2 petang tadi.
Jumlah tersebut dilihat terus meningkat berbanding peratusan pada pukul 1 tengah hari tadi sebanyak 43 peratus.
Rakyat Melaka mula membuang undi bermula pada pukul 8 pagi tadi di 217 pusat mengundi di seluruh negeri.
Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 476,037 orang pengundi dijangka akan mengundi bagi PRN kali ini. – K! ONLINE