BIARPUN sudah mencecah usia 56 tahun, kehebatan vokal Ramlah Ram tidak boleh disangkal lagi.
Terbaharu, Ramlah menjadi bahan bualan netizen apabila ramai yang memuji kehebatan vokalnya masih sama seperti 20 tahun lalu.
Semua itu tercetus selepas kemunculannya mendendangkan tiga buah lagu iaitu Siapa Yang Bersalah, Di Ambang Pintu Kasih dan Selamat Jalan Romeo pada malam
Anugerah Bintang Popular ke-34 baru-baru ini.
Selain itu, netizen turut menghasilkan video throwback dengan membandingkan nyanyian Ramlah pada tahun 1991 dan 2021 untuk lagu Siapa Yang Bersalah, ternyata tiada beza.
Tidak terkucil walau sekali ketika membuat persembahan, rata-rata menyifatkan Ramlah seorang penyanyi yang tiada tolok bandingan.
Sedap sungguh lagu ciptaan Azmeer itu.
“Ramlah memang terbaik, tiada ganti dan sangat hebat,” puji seorang netizen.
“Dia memang hebat, sehingga sekarang boleh menyanyikan nota-nota muzik yang tinggi, tabik!” kata seorang pengguna Instagram.