fbpx

PRN Melaka: Pasangan kembar tiba awal di pusat mengundi DUN Merlimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur seawal pukul 7.45 pagi untuk memasuki pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 pagi ini.

JASIN – Saudara kembar, Abdul Manan dan Adnan Abdul Muid masing-masing berusia 49 tahun antara yang terawal tiba di Pusat Pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pagi ini.

Kedua-dua mereka tiba di hadapan Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 dekat sini kira-kira pukul 7.40 pagi ini bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Abdul Manan berkata, dia dan saudara kembarnya tiba di pusat mengundi sebelum pukul 8 pagi dengan harapan tidak terlalu ramai datang mengundi waktu itu.

Pasangan kembar

“Bimbang sebab risiko jangkitan Covid-19. Lagipun cepat mengundi cepat boleh urus hal lain,” katanya ketika ditemui Kosmo! pagi ini.

Ng Wee Gwek

Sementara itu, Ng wee gwek, 59, merupakan individu terawal tiba Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 kira-kira pukul 7.34 pagi.

“Saya datang awal supaya dapat selesaikan urusan mengundi lebih awal,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI