fbpx

Murid pertikai banyak ‘homework’, guru luah kekecewaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang guru berkongsi tentang kekecewaannya terhadap komen-komen nakal dipercayai dari murid-murid sekolah yang tidak menyiapkan kerja rumah telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi satu perkongsian video oleh guru tersebut di laman aplikasi TikTok, kelihatan komen dari murid-murid dengan bangganya menyatakan tidak menyiapkan kerja sekolah dan mempersoal kerja yang diberi.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 15 saat dikongsikan oleh guru tersebut, seorang murid telah mengadu kerja rumah yang terlalu banyak sehingga meyusahkannya tetapi selepas guru itu selidik rupa-rupanya murid berkenaan kerap bermain permainan video.

Di samping itu, guru berkenaan juga berkongsi tentang komen seorang individu yang menyesal kerana tidak melakukan kerja rumah semasa di zaman sekolah kerana dia mendakwa untuk mendapatkan kerja memerlukan ilmu yang banyak.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan tentang adab di antara guru dan murid-murid dan orang ramai juga berasa marah dengan tindakan yang dilakukan oleh murid-murid berkenaan.

“Sebiji sama macam perangai adik saya, kerja rumah tak nak buat tapi kalau main ‘game’ (permainan video) sanggup tak makan,minum dan mandi gara-gara nak main game, sampai mak saya mengamuk pasal kerja rumah,” kata Mamy JasonCharlie.

“Baru cabaran buat kerja rumah dah kata meninggal, dah besar nanti lagi banyak cabaran adik, hutang dan kos sara hidup. Nanti adik nak kahwin lagi, benda ini senang buat ‘homework’ (kerja rumah) sahaja,” jelas Senyum Selalu.

“Apabila luahan perasaan mudah di kongsi dengan klik hujung jari tanpa berfikir perasaan orang sekeliling anda, inilah akibatnya, sudah-sudahlah murid-murid ku, usah merungut jalankanlah urusan sebagai murid dan timbalah ilmu dengan seikhlas hati,” ujar Cikgu Neo. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI