TIDAK perlu menunggu lama selepas terbubarnya kumpulan Lovelyz, penyanyi Lee Mi-joo sudah pun disunting menjadi artis naungan agensi pengurusan baharu.
Perkara tersebut turut diumumkan syarikat pengurusan tersebut, Antenna Music menerusi platform media sosial rasmi mereka.
“Dia sentiasa membawa tenaga ceria dan positif dengan orang sekeliling.
“Lee Mi-joo yang sentiasa melakukan yang terbaik setiap masa telah bergabung tenaga dengan Antenna.
“Dengan seronok dan secara berterusan, kami akan terus bersama dan mencipta hari-hari yang bersinar dengannya. Teruskan sokongan anda untuk Lee Mi-joo,” tulis kenyataan tersebut.
Awal bulan ini, Mi-joo baru sahaja meninggalkan Woolim Entertainment selepas kumpulan Lovelyz mengumumkan pembubaran.
Lovelyz memulakan debut nyanyian pada 12 November 2014 dengan mempertaruhkan album penuh pertama berjudul Girl’s Invasion.
Lovelyz buat kali terakhir menghadiahkan buah tangan kepada peminat menerusi album mini, Unforgettable yang diluncurkan September tahun lalu.