fbpx

Kes jenayah komersial Terengganu meningkat 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Zambri (kanan) menyampaikan risalah kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Komersial kepada orang ramai di KTCC Mall, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kadar indeks kes jenayah komersial di Terengganu sejak awal tahun ini meningkat 1,051 kes berbanding 867 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud berkata, jumlah kerugian pula sebaliknya menunjukkan pengurangan RM13.49 juta berbanding RM15.29 juta pada tahun 2020.

Beliau berkata, jenayah komersial paling tinggi direkodkan melibatkan penipuan pembelian atas talian, sindiket penipuan ala Macau dan skim pinjaman tidak wujud.

“Walaupun jumlah kerugian menurun, kita masih bimbang kerana kes-kes yang dilaporkan meningkat sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu.

“Tahun ini sahaja, kerugian kes penipuan pembelian atas talian tertinggi iaitu RM5 juta diikuti sindiket penipuan ala Macau (RM1 juta) manakala lebih setengah juta ringgit pula direkodkan daripada pinjaman tidak wujud,” katanya selepas merasmikan kempen Pencegahan Jenayah Komersial peringkat Terengganu di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI