PETALING JAYA – Penduduk di Kelantan dan Terengganu diminta berwaspada ekoran amaran hujan berterusan yang diramalkan bermula esok.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kedua negeri itu akan mengalami hujan berterusan bermula esok sehingga 22 November ini.
“Amaran dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai”, katanya di sini hari ini.
Sementara itu, di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, marang dan dungun.-K!ONLINE