fbpx

Imbangi pertimbangan risiko dan kebaikan vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Komuniti kesihatan harus mengimbangi pertimbangan risiko vape dengan turut mengambil kira potensinya bagi membantu perokok dewasa berhenti merokok, selain keupayaannya untuk mengurangkan beban penyakit sesebuah negara.

Menurut Professor Emeritus di Fakulti Kesihatan Awam Universiti Michigan, Kenneth Warner, potensi vape sebagai alternatif perokok supaya berhenti merokok telah banyak dibayangi oleh liputan media yang lebih menumpukan kepada potensi risiko penggunaan vape secara umum.

Warner, yang merupakan salah seorang daripada 15 bekas Presiden Society for Research on Nicotine & Tobacco (SRNT) bersama Neal Benowitz, Dorothy Hatsukami, Robert West dan Raymond Niaura telah menerbitkan artikel bertajuk Balancing Consideration of the Risk and Benefits of E-Cigarettes.

Menurut artikel tersebut, potensi vape untuk menggalakkan pemberhentian tabiat merokok harus diiktiraf komuniti kesihatan dan dalam masa yang sama, mempertingkatkan usaha untuk mendidik orang ramai terhadap kemungkinan risikonya.

“Perokok yang menggunakan vape mencapai hampir dua kali ganda kadar berhenti merokok yang disahkan secara biokimia pada tahun pertama (18 peratus) berbanding perokok yang diberikan terapi penggantian nikotin (9.9 peratus).

“Walaupun 80 peratus daripada mereka yang berhenti merokok dengan bantuan vape masih lagi menggunakan vape, mereka tidak lagi terdedah kepada risiko merokok yang jauh lebih tinggi,” menurut artikel berkenaan yang disiarkan secara online di American Journal of Public Health.

Industri vape domestik turut menyokong lebih daripada 15,000 pekerja.

Artikel itu turut mengakui potensi manfaat vape pada kesihatan dan menyimpulkan bahawa “Walaupun bukti telah menunjukkan vape mampu menggalak pemberhentian tabiat merokok, kesan dan manfaatnya boleh menjadi lebih besar jika komuniti kesihatan awam memberi perhatian serius terhadap potensi vape.

“Perokok harus menerima maklumat tepat mengenai risiko vape dan merokok. Satu dasar khusus harus diwujudkan dengan mengambil kira kesan ke atas perokok,” jelasnya.

Ini kerana mesej yang disampaikan oleh majoriti pengamal kesihatan menyebabkan orang awam, termasuk perokok menganggap vape sama bahaya atau lebih berbahaya daripada rokok tembakau.

Tembakau telah menyebabkan kematian lebih lapan juta penduduk seluruh dunia. Tujuh juta daripadanya adalah kesan penggunaan tembakau, manakala 1.2 juta adalah perokok sekunder.

Penggunaan rokok tembakau telah lama diketahui membahayakan kesihatan.

Menurut angka Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), lebih 80 peratus daripada 1.3 billion pengguna tembakau seluruh dunia adalah dari negara berpendapatan rendah dan sederhana, yang mana beban penyakit dan kematian berkaitan tembakau adalah paling berat.

Artikel Warner turut menyatakan, ujian menunjukkan peningkatan pada fungsi paru-paru dan fungsi vaskular perokok yang beralih kepada vape.

“Pengguna eksklusif vape (kebanyakan bekas perokok) melaporkan gejala pernafasan yang lebih sedikit berbanding perokok dan pengguna yang meggunakan kedua-dua rokok dan vape,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI