fbpx

Gerrard sedia pasang impian besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERRARD

LONDON – Pengurus baharu Aston Villa, Steven Gerrard menjelaskan peluang untuk mengemudi Aston Villa adalah satu peluang yang tidak mungkin dilepaskan.

Gerrard membuat keputusan meninggalkan juara Liga Scotland musim lalu, Rangers untuk mengambil alih tugas daripada Dean Smith yang dipecat oleh Aston Villa.

“Ia menjadi detik yang cukup membanggakan. Adalah satu penghargaan untuk menjadi jurulatih di kelab ini. Peluang untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris dan berada lebih dekat dengan keluar­ga saya menjadi dua alasan kepada keputusan ini.

“Ini peluang untuk me­nyertai kelab yang penuh ikonik dan pastinya ia sesuatu yang tidak boleh dilepaskan,” katanya.

Gerrard juga mengakui bahawa cita-cita jangka masa panjangnya untuk membawa kelab mencabar dalam sai­ngan bola sepak Eropah.

“Kejayaan dalam bola sepak adalah sentiasa berkait rapat dengan kemenangan. Untuk jangka masa panjang, saya ini bawa pasukan kembali ke peringkat Eropah, namun saya tidak fikir untuk melakukannya sekarang, malah tidak juga meletakkan sebarang tarikh.

“Bagi saya, paling penting sekarang adalah untuk fokus kepada pelan jangka masa pendek, menentang Brighton (malam ini). Kami perlu kembali catatkan kemenangan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI