PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina pagi tadi.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi pada pukul 4.13 pagi itu berpusat 145 kilometer (km) timur dari Davao, Filipina pada kedalaman 10 km.
Ia bagaimanapun, tiada amaran ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan.
Filipina yang terletak di dalam lingkungan Lingkaran Api Pasifik itu sering dilanda gempa bumi. – K! ONLINE