fbpx

Dakwaan Sanusi tidak berasas – JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALISTAIR melakukan penjelasan mengenai dakwaan Muhammad Sanusi me­ngenai kelab tersebut tidak menjelaskan bayaran selepas menandatangani seorang pemain.

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menafikan dakwaan dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor me­ngenai kelab tersebut tidak menjelaskan bayaran selepas menandatangani seorang pemain sebelum ini.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah mengeluarkan sekeping cek berjumlah RM100,000 kepada KFA pada 31 Disember 2018.

Katanya, cek itu bagaimanapun telah dipulangkan oleh Kedah FA kerana mereka mahu membuat rayuan berkenaan perkara tersebtut.

“JDT terkejut dengan tuduhan tidak berasas Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengenai JDT tidak menjelaskan bayaran selepas menandatangani seorang pemain.

“Sebagai rekod, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan bahawa yuran pembangunan pemain sebanyak RM75,000 perlu dibayar oleh mana-mana kelab yang menandatangani Akhyar Rashid selepas pemain itu menamatkan kontraknya dengan Kedah.

“JDT bersetuju untuk membayar lebih dan telah mengeluarkan sekeping cek kepada Kedah sebanyak RM100,000 pada 31 Disember 2018.

“Cek itu bagaimanapun telah dipulangkan oleh Kedah kerana mereka mahu membuat rayuan berkenaan perkara ini,” katanya sambil memberitahu, Mahkamah Timbang Tara kemudiannya membuat keputusan bahawa yuran pembangunan itu tidak diperlukan dan membatalkan keputusan dibuat oleh FAM.

Tambah Edwards, tidak ada keputusan selanjutnya atau tuntutan yang dilakukan Kedah terhadap JDT.

“Niat kami adalah jelas dan kami ingin menasihati Pre­siden KFA yang juga Menteri Besar supaya tidak membuat tuduhan yang tidak berasas,” ujarnya.
Kelmarin, akhbar me­laporkan Muhammad Sanusi mendakwa, skuad Harimau Selatan itu masih belum menjelaskan bayaran pampasan Akhyar Rashid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI