fbpx

Amalan TRIIS perlu jadikan ‘trend’ semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan agar orang ramai mengamalkan ‘Test’, ‘Report’, ‘Isolate’, ‘Inform’, ‘Seek’ (TRIIS) dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Jelas Khairy Jamaluddin di Twitternya sebentar tadi, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kebanyakan kes baharu Covid-19 kini datang daripada kenalan rapat terutamanya keluarga dan rakan.

“Itulah sebabnya TRIIS adalah penting, terutamanya maklumkan kepada keluarga dan rakan jika anda telah disahkan positif supaya mereka boleh bertindak dengan segera dalam melakukan ujian kendiri,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut mengingatkan orang ramai agar meningkatkan perlindungan dari dijangkiti dengan penggunaan pelitup muka berganda ketika berada di luar mahupun tempat awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI