fbpx

Aidil tetap bangga kerja keras skuad Helang Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL tetap berbangga dengan aksi dipamerkan oleh anak-anak buahnya yang bersungguh-sungguh bersaing pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin.

PENGENDALI Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak tetap berbangga dengan barisan pemainnya yang sudah melakukan sehabis baik meski­pun tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam kelmarin.

Katanya, lapan pemain import dan naturalisasi diturunkan ke­tua jurulatih JDT, Benjamin Mora pada aksi itu antara faktor membezakan kedua-dua pasukan.

“Kami bukan seperti JDT, Se­langor atau Terengganu yang ada pasukan kedua atau 50 pemain yang boleh dipilih. Kami juga tidak ada pemain import di bangku simpanan.

“Kalau saya ada semua ini, aksi itu pasti berbeza. Dalam dua pertemuan, kita sudah buktikan dengan hanya dua atau tiga import mampu saingi mereka.

“Jadi, untuk bermain dan menang ke atas JDT, sekurang-kurangnya kena ada lima pemain import. Itu yang kami tidak ada.

“Itulah yang membezakan kedua-dua pasukan,” katanya selepas perlawanan.

Pengendali kelahiran Singapura itu turut menghamburkan pujian kepada dua penyerang importnya, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre yang berkeras untuk diturunkan biarpun tidak cergas sepenuhnya.

“Ramai yang tidak tahu bahawa mereka ini bukan cergas sepenuhnya, namun sedia untuk diturunkan bagi membantu pasukan menghidupkan peluang melangkah ke pusingan seterusnya.

“Tahap kecergasan Kipre hanya sekitar 60 peratus setelah mengalami kecederaan lutut, manakala Sherman pula sakit sejak tiga hari lalu dan tidak menjalani latihan penuh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI