fbpx

7 ditahan termasuk empat PATI Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat PATI Indonesia antara tujuh ditahan ketika cuba keluar dari negara ini melalui jalan tidak sah di Tanjung Adang, Iskandar Puteri, Johor malam semalam.

ISKANDAR PUTERI – Hasrat pasangan suami isteri bersama seorang wanita dan bayi lelaki berusia tujuh bulan untuk pulang ke Indonesia terbantut setelah ditahan polis di Tanjung Adang, dekat sini malam semalam.

Pergerakan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) itu terbongkar selepas sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan masuk ke kawasan kebun kelapa sawit di sini menarik perhatian pihak polis untuk mengekorinya kira-kira pukul 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam tangkapan itu, polis turut menahan seorang tekong darat dan dua lelaki tempatan yang merupakan penghantar (transporter).

Tambahnya, kereta tersebut pada awalnya masuk ke kawasan kebun kelapa sawit sebelum menemukan seorang lelaki disyaki tekong darat sedang menunggu empat PATI terbabit.

“Pihak polis kemudian berjaya menangkap tekong darat tersebut dan dua lelaki tempatan dipercayai ‘transporter’.

“Selain itu empat PATI juga ditahan melibatkan seorang lelaki dan dua wanita dewasa serta seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan.

“Siasatan awal mendapati, suspek warganegara tempatan berperanan sebagai ‘transporter’ itu membawa semua PATI tersebut untuk keluar dari negara ini melalui jalan tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI