fbpx

6 persatuan industri pengangkutan desak selesaikan subsidi bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUDIN (tiga, kanan) dan Mohd. Haron (empat, kiri) menunjukkan memorandum ditandatangani persatuan-persatuan pengangkutan darat sambil diperhatikan Nadzim (tengah) pada sidang akhbar di Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Enam persatuan industri pengangkutan mendesak Kementerian Pengangkutan khususnya menyelesaikan masalah dihadapi mereka termasuk subsidi bahan bakar antara 25 hingga 30 peratus.

Mereka terdiri komuniti bas, lori, e-hailing, p-hailing dan teksi dari seluruh negara turut mahu wakil industri diletakkan sebagai menteri bertanggungjawab dalam kementerian berkenaan.

Yang Dipertua (YDP) Gabungan Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, isu dihadapi pemain industri pengangkutan darat ini sudah berlarutan sejak sekian lama daripada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan terbaharu, Keluarga Malaysia.

Katanya, ini termasuk ketidaksamarataan tambang dan komisen melibatkan pemandu teksi dengan kenderaan e-hailing serta p-hailing dan keperluan mewujudkan lebih daripada
satu Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Hari ini enam persatuan terdiri daripada persatuan bas, lori, e-hailing, p-hailing, teksi merangkumi kereta sewa, limosin, teksi lapangan terbang seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menandatangani memorandum ini.

“Kita mempunyai 1.2 juta ahli di seluruh negara dan ini merupakan sejarah di Malaysia yang mana kita akan satukan semua komuniti persatuan pengangkutan darat ini dalam satu pasukan,” katanya pada sidang akhbar penyatuan pemain industri pengangkutan darat Malaysia di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI