fbpx

49 pengunjung pusat hiburan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pengunjung yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Dr. Lim Chwee Leong di George Town malam tadi.

GEORGE TOWN – Keseronokan 49 pengunjung yang sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dr. Lim Chwee Leong di sini terbantut apabila premis itu diserbu polis malam semalam.

Mereka terdiri daripada 35 pelanggan tempatan dan 14 wanita warga asing berusia di antara 20 hingga 54 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira pukul 10.30 malam.

Turut ditahan ialah seorang lelaki tempatan iaitu penjaga premis bersama tiga pekerja terdiri pasangan lelaki dan wanita tempatan dan seorang lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati penjaga premis berkenaan telah melakukan kesalahan menggaji serta melindungi warga asing.

“Lelaki tersebut telah dikenakan kompaun RM30,000 atas tiga kesalahan iaitu gagal menyediakan laluan keluar masuk, menjalankan aktiviti hiburan dan gagal memastikan pelanggan menjaga penjarakan fizikal.

“Selain itu, kesemua warga tempatan yang diperiksa juga telah dikenakan kompaun RM4,000 setiap seorang atas kesalahan gagal menjaga penjarakan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI