PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal melanda beberapa kawasan di negeri Pulau Pinang, Pahang dan Johor pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, keadaan cuaca itu akan berlangsung sehingga pukul 10 pagi ini.
Katanya, seluruh negeri Pulau Pinang dijangka mengalami ribut petir manakala negeri Pahang pula amaran melibatkan kawasan di Pekan dan Rompin.
Dalam pada itu, turut terima amaran di Johor melibatkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – K! ONLINE