fbpx

Warga emas kena perangkap lubang bertakung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian pipi selepas motosikal dinaikinya terbabas di dalam lubang bertakung dipercayai di Johor.

PETALING JAYA- Seorang warga emas berdepan detik cemas selepas motosikal dinaikinya terjatuh di dalam lubang yang berada di tengah-tengah jalan hingga menyebabkan lelaki itu turut mengalami beberapa kecederaan.

Menerusi perkongsian @Hfnz9 di laman Twitter, warga emas itu dilihat terduduk di tepi jalan selepas motosikalnya kemalangan berikutan melalui jalan bertakung yang mempunyai lubang.

Gambar dikongsikan lelaki itu turut menunjukkan warga emas berkenaan mengalami kecederaan di bahagian pipi kanan dan hidung.

Motosikal mangsa jenis Honda EX5 turut dilihat tenggelam di dalam lubang yang berada di tepi jalan.

“Semoga pak cik ini mendapat pembelaan dan pampasan,” ciap lelaki itu ringkas.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah jalan di Kota Tinggi, Johor.

Sementara itu, aktivis jalan raya, Lando Zawawi turut membuat hantaran sama di Facebook dengan menyifatkan sudah beberapa minggu air bertakung di kawasan itu berikutan longkang tersumbat.

“Sudah beberapa minggu air bertakung kerana longkang tersumbat, tapi tiada apa-apa tindakan.

“Tipulah, kata tidak tahu sedang jalan ini tidak berapa jauh daripada pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), berhampiran dengan Masjid Jamek Kota Tinggi dan sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, JKR Kota Tinggi menerusi ciapan balas di Twitter memaklumkan jalan tersebut berada di bawah bidang kuasa dan selenggara Majlis Daerah Kota Tinggi.

“Tindakan telah pun diambil dan pembaikan sedang dijalankan melalui Syarikat Konsesi Safwa Global, harap maklum dan terima kasih,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI