fbpx

Warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Bernam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mangsa dikhuatiri lemas di Sungai Bernam, Hutan Melintang, dekat sini hari ini. /FOTO IHSAN JBPM PERAK

BAGAN DATUK – Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Bernam, Hutan Melintang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, isteri mangsa membuat laporan polis pukul 2.25 petang memaklumkan penemuan barang peribadi milik suaminya di perhentian bas.

“Wanita berusia 64 tahun itu memberitahu yang dia menerima panggilan telefon daripada anak lelakinya pada pukul 11.30 pagi memintanya mencari mangsa di lokasi berkenaan.

“Anaknya itu memaklumkan bahawa mangsa ada menghubunginya dan memberitahu sangat rindu anak-anak dan tidak mahu hidup lagi,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, wanita itu segera mencari suaminya namun hanya menjumpai baju, selipar, basikal dan kad pengenalan lelaki itu di perhentian bas berhampiran Sungai Bernam.

“Lelaki itu dikatakan tidak menunjukkan sebarang tanda kemurungan atau berkelakuan aneh sebelum kejadian.

“Seorang saksi yang menangkap udang di sungai tersebut juga ada ternampak mangsa berjalan ke dalam sungai yang surut pada pukul 10 pagi.

“Dia cuba menegur mangsa namun tidak diendahkan sebelum pulang ke rumah,” katanya.

Tambah Ahmad Adnan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan pada pukul 3 petang  melibatkan 20 petugas terdiri daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI