fbpx

Terus kelangsungan hidup dengan KDV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kek Durian Viral (KDV) yang diusahakan pasangan suami isteri Mohammad Nasruddin dan Nor Fazliah.

PETALING JAYA – Perniagaan kek atau manisan berasaskan durian yang dikomersialkan beberapa tahun kebelakangan ini pantas mencuri perhatian dan tular.

Malah ia juga menjadi alternatif di era pandemik Covid-19 ini bagi mereka untuk kelangsungan hidup dengan berniaga selepas diuji dengan dibuang kerja dan hilang punca pendapatan.

Pasangan suami isteri berusia 33 tahun, Mohammad Nasruddin Shah Room dan Nor Fazliah Mohammed yang mengusahakan perniagaan Kek Durian Viral (KDV) tidak terkecuali berdepan turun naik dalam kehidupan.

Jualan yang bermula dari rumah secara homemade sejak Ogos 2019 secara suka-suka dan mengikut permintaan itu hingga mampu memikat selera ramai orang dengan tagline ‘sebiji tak cukup’.

Perkara tersebut akhirnya menjadi serius dan punca pendapatan utama pasangan berkenaan hingga mampu memiliki dua bangunan operasi selain pejabat sendiri di Setia Alam, Selangor.

“Saya, suami dan anak memang hantu durian. Semua bermula sekitar tahun 2019, suami ada membeli longgokan buah durian. Kemudian baki buah yang ada terfikir nak buat kek berperisa durian. Jadi saya cuba buat resipi ilham ikut tekak sendiri dan suami.

“Daripada untuk makan sendiri, terfikir nak menjualnya. Tak sangka ramai pula yang suka. Bermula dengan mengambil tempahan empat biji sehari, kemudian tempahan itu berulang berlipat ganda sampai ditempah 100 biji kek sehari.

“Masa itu operasi kerja dibuat di rumah kami di Bukit Kapar, Klang dan hanya dibantu seorang jiran di belakang rumah. Saya beri tumpuan utama perniagaan ini dan suami membantu ketika ada masa terluang. Suami pula ketika itu masih bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang,” katanya.

Ditanya apa yang membezakan kek duriannya dengan yang lain di pasaran, Nor Fazliah tidak menyangka resipi ilham sendiri mampu menambat hati selera ramai sekali gus tular di media sosial.

“Nak ikutkan ramai yang mengusahakan perniagaan kek durian. Tapi KDV menggunakan isi durian sebenar. Memang rasa asli dan tak ada unsur penipuan dalam kandungan bahan digunakan. Teksturnya juga lemak dan lembut.

“Resipi saya biasa biasa saja. Allah yang bagi nikmat sedap itu dengan izin-Nya. Durian jenis D24 dari Pahang kami gunakan kerana meyakini rasanya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI