fbpx

Temerloh Catering cadang buka tiga outlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Izwandy (tengah) menunjukkan tanda bagus sambil memegang hidangan ikan patin popular di restoran baharunya di Setia Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Restoran ­berasaskan masakan ikan patin, Temerloh Catering menyasarkan pembukaan tiga cawangan baharu di sekitar Lembah Klang pada tahun depan.

Pengarah Urusan Temerloh Catering Sdn. Bhd., Khairul Izwandy Abdul Jazam berkata, restoran yang menawarkan aneka sajian asli masyarakat Pahang itu dijangka dibina di Putrajaya, Cyberjaya, Subang Jaya, Gombak atau Kuala Lumpur.

Menurutnya, pembukaan restoran ini telah dirancang awal tetapi kerana pelaksanaan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka kini adalah masa terbaik untuk meluaskan rangkaian sedia adanya.

Buat masa ini, Temerloh Catering memiliki enam cawangan sedia ada.

Ekoran pembukaan ekonomi dalam tempoh endemik kini, syarikat telah mempelbagaikan beberapa menu baharu selain masakan ikan patin sedia.

“Menu ala masakan segera yang ditawarkan adalah nasi lemak salted egg dan black pepper serta aneka spageti bertujuan untuk memenuhi cita rasa pelbagai peringkat umur pelanggan.

“Bagaimanapun, hidangan utama di restoran ini semesti­nya gulai masak tempoyak selain pais, asam pedas, pekasam dan pelbagai masakan Pahang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian cawangan baharu Restoran Temerloh Catering di Eco Ardence, Setia Alam di sini baru-baru ini.

Khairul Izwandy menjelaskan, dalam tempoh pelaksanaan PKP, syarikat mengalami kemerosotan jualan hampir 70 peratus dan demi kelangsungan operasi perniagaan, pihaknya telah menggunakan pelbagai kaedah jualan termasuk secara bungkus atau penghantaran.

“Namun, pembukaan penuh sektor ekonomi sejak September lalu memberi nafas baharu dan membantu pembukaan restoran ketujuh kami,” katanya jelas beliau.

Tambah Khairul Izwandy, kebiasaannya, sebanyak 300 hingga 400 ekor patin dijual sehari dan semuanya di peroleh secara segar dari Temerloh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI