fbpx

Sorn undur diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SORN

SI cantik, Sorn secara rasminya sudah mengundurkan diri daripada kumpulannya, CLC.

Perkara tersebut turut disahkan agensinya, CUBE Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan dalam platform media rasmi mereka.

“Ini ialah pengumuman bahawa kontrak eksklusif bersama Sorn sudah pun ditamatkan.

“Disebabkan kontrak sudah habis, dia juga sekali gus telah meninggalkan kumpulannya, CLC. Pilihan ini dibuat berdasarkan keputusan kolektif bersama.

“Kami mengucapkan terima kasih buat peminat yang menyokong Sorn sehingga kini.

“Sila berikan sokongan dan galakan buat permulaan baru Sorn kelak,” tulis agensi tersebut.

Sorn turut menyampaikan berita sedih tersebut menerusi media sosialnya. Dalam perkongsiannya dia turut meluahkan rasa gembira kerana dapat berkenalan dengan kesemua enam gadis lain dalam CLC yang sudah dianggapnya sebagai satu keluarga.

Terdahulu, salah seorang anggota kumpulan mereka iaitu Elkie turut mengumumkan pengunduran diri beberapa hari sebelum Sorn.

Untuk rekod, gadis kelahiran Thailand itu memulakan debut bersama CLC sejak Mac 2015 menerusi album mini pertama mereka, First Love.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI