fbpx

Remaja tidak jadi bergaduh selepas kena bebel oleh mak cik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu menakutkan remaja yang sedang bergaduh dengan hanya menggunakan batu dan selipar. - TikTok

JAKARTA – Seorang mak cik yang berang apabila sekumpulan remaja bergaduh di sebatang jalan berhampiran kediamannya bertindak membubarkan mereka dengan menggunakan batu, lapor laman berita Suara.com.

Aksi mak cik tersebut dikongsikan menerusi akaun TikTok milik anaknya sendiri iaitu @nandaperlia2 yang curi-curi merakam perbuatan ibunya itu.

Dalam video tersebut, sekumpulan pelajar dilihat sedang berkelahi antara satu sama lain.

Mak cik tersebut kemudian datang dari satu arah dan memarahi remaja tersebut.

Malah, wanita itu juga sempat membuka selipar yang dipakai dan mengambil sebiji batu untuk menakut-nakutkan mereka sebelum kesemua remaja itu melarikan diri.

Video yang telah ditonton lebih dua juta kali untuk mendapat perhatian netizen yang kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pendapat.

“‘Bangsa’ yang paling kuat di dunia adalah mak cik-mak cik,” komen seorang netizen.

“Baru seorang makcik, mereka sudah lari. Jika makcik satu kampung bagaimana ya?” komen netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI