fbpx

Remaja 17 tahun dapat taraf warganegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditinggalkan oleh ibu kandungnya selepas dilahirkan di sebuah hospital, layak memperoleh taraf warganegara Malaysia setelah rayuannya dan keluarga angkat dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim diketuai oleh Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepada mereka.

Beliau bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk P. Nallini, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Mahkamah mengisytiharkan remaja itu rakyat negara ini dan memerintahkan Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian Malaysia mengeluarkan sijil kelahiran baharu dan mendaftarkannya sebagai warganegara.

Remaja berkenaan ditinggalkan oleh ibu kandungnya ketika masih bayi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada Januari 2004 sebelum dipelihara oleh keluarga angkatnya.

Mereka menamakannya `CYM’ dan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan sijil kelahiran dikeluarkan.

Hakim Tengku Maimun dalam keputusannya berpuas hati, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tiada hak menolak permohonan mana-mana anak untuk mendapatkan kewarganegaraan jika mereka memenuhi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang.

Tengku Maimun berkata, fakta bahawa remaja itu ditinggalkan selepas dilahirkan di HUKM tidak dipertikaikan dan diakui oleh Mahkamah Tinggi seperti yang terkandung dalam sijil kelahiran ketiganya.

Panel itu juga berpendapat, tiada keterangan yang menunjukkan keluarga angkat remaja itu berbohong mengenai peristiwa anak itu ditinggalkan dan menyembunyikan fakta tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI