fbpx

Ramalan cuaca buruk di tiga negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk di negeri Pahang, Johor dan Sarawak diberi amaran hujan lebat dan ribut petir.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di setiap negeri yang terbabit sehingga pukul 6 petang ini.

“Di Pahang, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir di Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Manakala di Johor, cuaca yang sama turut diramal di kawasan Kluang dan Mersing,” katanya di sini tadi.

Tambahnya, antara kawasan yang terjejas di Sarawak ialah di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) dan Bintulu (Tatau).- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI